Sabtu, 24 November 2012

Hati sukar untuk dimengertikan..

Mengapa perlu bersedih di saat kita ditinggalkan keseorangan? Menangis.. Mengapa perlu membazirkan air mata untuk orang yang tidak pernah menghargai kita... Cuba lihat ke atas, awan tidak pernah menangis walaupun ditinggalkan oleh rakan-rakannya. Bintang tidak pernah hilang cahayanya walaupun hanya bersendirian, dan Matahari tidak pernah hilang teriknya walaupun keseorangan... Nah! Kadang-kadang ada pertuturan yang kita tidak sedar yang mampu menyakitkan hati orang lain. Oleh itu, sentiasalah melatih diri kita menjadi seorang yang pemaaf. Atau lebih manis jika kita menjadi seorang yang mudah meminta maaf.. (Alhamdulillah saya masih mencuba untuk menjadi seorang yang mudah menuturkan perkataan MAAF).. Senyumlah, walau segunung, selautan masalah yang menghantui diri kamu.. Kerana, tiada siapa yang mampu memahami perasaan kita melainkan DIA. ALLAH.. :)

Menyusun langkah demi langkah..

Pulau Cerpen.. Alangkah indahnya, jika kaki ini mampu menjejaki ke Pulau Cerpen. Hah! Tidak mustahil sebuah rayanan dijadikan kenyataan! Erti kehidupan memang sukar dimengertikan. Masalah datang tidak terkira. Pokoknya hati mesti kuat! Aku diberi satu tugasan.. Sangat mencabar.. Apa yang aku lihat, aku dengar, aku rasa semuanya perlu ada. Siapa yang menjadi pilihan aku. Yang kini kian berlegar-legar di benak fikiran aku. Dia! Dia! Dia! Aku memandangnya dari jauh. Aku cuba mendekatinya. Jauh.. Jauh.. Aku terus kejar, kejar dan akan terus mengejar! Dia pilihanku!