EMPAT WARNA PELANGI...
Tarian pena ini dihasilkan khas untuk memenuhi tuntutan Kursus SKMM 2083 Penulisan Kreatif yang dikelola oleh bonda tercinta, Dr Mawar Safei. Semoga dipermudahkan segalanya.. Semoga tarian pena ini membawa aku ke dunia penulisan.. Menjadi seorang penulis bukanlah mudah. Bagaimana saya menulis? Nah semuanya bermula di sini..
Jumaat, 28 Disember 2012
Rabu, 26 Disember 2012
Aku tenang di KAMPUNGKU!!
Benarlah kata orang. Tempat orang tak sama seperti tempat lahirnya kita sendir.. Ya! Kali ini aku benar-benar rasakannya..
Terasa damai dan tenang sekali.. Cukup indah. Seolah-olah semua masalah yang terbeban dalam benak fikiranku ini, hilang dengan serta merta! Oh indah sekali...
InsyaAllah esok aku akan kembali semula ke Medan perjuanganku.. Ya! Tidak hampir seminggu lagi peperiksaan bakal mengejarku.. Ah! Cepat benar masa berlalu. Terasa diriku ini semakin TUA! :D
Aku rindukan teman-teman yang berada di UKM! Wahai teman tunggu kepulanganku nanti ya!
Isnin, 24 Disember 2012
Ahad, 23 Disember 2012
Sampan telah ketemui! KAPAL aku tolak ketepi!
Aku berlayar menaiki kapal. Aku terlihat akan PELANGI. Pelangi itu indah. Namun aku keliru memandang warna-warna yang tersembunyi di sebalik pelangi tersebut. Aku tersungkur di sebalik warna KUNING pelangi itu. Lalu aku bangkit meneruskan perjalanan di sebalik warna-warna PELANGI yang masih sudi menerimaku.. Namun, aku tetap kalah dengan si AWAN. Awan bukan sahaja dapat melihat PELANGI bahkan boleh menari di atas pelangi! Tapi AKU? Dan bila aku berlayar menaiki sampan. Aku lihat pelangi itu muncul kembali. Pelangi itu memberikan sinarnya. Tersenyum memandangku. Aneh aku rasakan! Aku mendekati pelangi itu.. Aku kian mengerti warna pelangi! Aku inginkan PELANGI itu!
Sabtu, 8 Disember 2012
Warna Ketiga: Hijau
Aku memetik kata-kata yang sangat tersentuh hatuku.. Yang mulanya aku langsung tidak mengerti.. Sedangkan aku sendiri terasa seakan-akan ianya menuju ke arahku. Namun pabila aku cuba meneliti, menghayati, menyusuri.... Kini aku mengerti.. Wahai insan, kata-katamu bukan seperti kata-kata biasa..

Awak. saya cuba berkongsi pendapat dengan awak. Tetapi awak mengiyakan setiap patah yang tercatat pada helaian kertas saya. Awak membenarkan sahaja saya hanyut dengan keyakinan untuk menyeberang sempadan. Saya menyeberang dengan penuh yakin, penuh kekuatan. Tetapi pada penghujungnya saya tewas dengan kata-kata awak. Awak membuatkan saya jatuh semasa menyeberang. Saya kecewa dengan awak, awak yang mengiyakan pelayaran saya, tanpa sedikit mengutarakan pendapat awak. Saya tersungkur sejenak dengan penilaian yang awak buat. Kenapa awak sanggup membiarkan pelayaran saya goyah, sedangkan awak sendiri mengerti yang saya sangat kuat untuk meneruskan pelayaran untuk menyeberang sempadan. Lorong takdir telah menjadi milik saya. Penyeberang sempadan telah buat lorong takdir terus wujud. Saya pula sudah melepaskan sisa menyeberang ketika awak mencacatkan lorong takdir saya. Saya akan terus menyeberang, walaupun saya tewas seketika dengan perjalanan penyeberang sempadan.
Wahai insan! Kau buat aku sedar akan sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiranku..

Warna Kedua: Ungu
Pernahkah kita terfikir bagaimana agaknya sekeping hati yang tersimpan elok di dalam tubuh kita boleh tercedera sedangkan badan kita sihat sejahtera?? Seringkali kita mendengar keluhan seperti ini…
“Aku sakit hatilah dengan dia tu!”
“Aku menangis dalam hati, tak ada siapa yang tahu..”
“Hati aku terseksa sebab rindukan dia.”
Bagaimana hati boleh cedera? Bagaimana hati boleh sakit? Bagaimana hati boleh menangis? Apakah kita dapat mendengar tangisan hati kita sendiri? Benarkah hati kita terseksa? Bagaimana seksaannya itu? Apakah kita merasai sakitnya hati kita apabila ada orang menyakiti kita?
Walaupun zahirnya, hati itu tersimpan rapi di dalam tubuh kita tanpa ada sebarang marabahaya yang boleh menyakiti dan melukainya,namun, secara batin, hati kita sebenarnya selalu cedera dan akan parah jika tidak segera diubati.
Jumaat, 7 Disember 2012
Daun Yang Jatuh Tidak Akan Membenci Angin..
“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.
KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.
PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”
Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.
Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.
Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.
Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.
Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.
Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.
Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya
Langgan:
Ulasan (Atom)

