Tarian pena ini dihasilkan khas untuk memenuhi tuntutan Kursus SKMM 2083 Penulisan Kreatif yang dikelola oleh bonda tercinta, Dr Mawar Safei. Semoga dipermudahkan segalanya.. Semoga tarian pena ini membawa aku ke dunia penulisan.. Menjadi seorang penulis bukanlah mudah. Bagaimana saya menulis? Nah semuanya bermula di sini..
Rabu, 5 Disember 2012
Mata Itu...
Hai untunglah siapa yang memiliki mata yang berona coklat kan? Cantik mata memandangnya. Tujuan aku bukanlah untuk perdebatkan isu warna mata di sini. Cuma ingin sekali aku berkongsi satu rahsia..
Mata, bukan senang hendak menatap mata orang lain.. Tidak percaya? Cubalah! :)
Aku sendiri gagal untuk menatap mata mereka yang aku sayangi...
Namun aku terkesan akan sepasang mata ini... Aku akan sentiasa tewas dengan panahan matanya. Aku sendiri tidak tahu di mana kekuatan mata tersebut! Pelik kan? Hai mata, apa ubat yang kau guna ya?
Satu pandangan yang pastinya akan membawa seribu satu pertanyaan yang tidak mampu dirungkai begitu sahaja! Duhai mata! Mengapa aku sering tertewas dengan kamu!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan