Rabu, 5 Disember 2012

Tenangnya Kamu Wahai Insan!

Andai rasa sedih... pandanglah langit. Ingatlah Allah swt masih ada Andai rasa resah... renunglah dasar hati, yakinlah Allah yang menciptakan hati Andai rasa putus asa....lihatlah sungai yang tetap terus mengalir walaupun dihalang bebatu keras Andai rasa kecewa... lihatlah hakikat alam semesta, percayalah Allah Maha Berkuasa Andai rasa tersisih...lihatlah purnama di malam sepi, yakinlah Allah takkan biarkan kita sendiri.... Allah Maha Adil. Jiwa yang tenang itu diberikanNya kepada setiap insan. Tetapi kerana kealpaan kita menjaga dan menyuburkannya, kita membiarkannya tertanam di bawah, ditindih kuat oleh nafsu amarah. Iblis laknatullah itu zalim. Iblis tidak mahu manusia memilikkinya lalu membantu sang nafsu agar jiwa yang tenang tidak bisa keluar menguasai diri. Jiwa yang tenang perlu dibantu untuk bangkit kerana ia sedang menderita dihimpit nafsu perosak itu. Nafsu perosak perlu dibuang untuk memberi ruang kepada jiwa yang tenang berada di atas, di tempat yang selayaknya dia berada....dalam minda yang sihat yang sentiasa mencari ilmu penyuluh hidup. Ketenangan yang kau miliki membuatkan aku terpesona! Kau diam walaupun orang mempergunakan kau! Wahai hatiku, kenapa aku tidak setenang hatimu wahai insan?? Kenapa hatimu boleh tenang bagai air di lautan tika senja. Bagai awan yang bergerak tika mentari mula menghilang.. Kenapa wahai insan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan