Rabu, 26 Disember 2012

Aku tenang di KAMPUNGKU!!

Benarlah kata orang. Tempat orang tak sama seperti tempat lahirnya kita sendir.. Ya! Kali ini aku benar-benar rasakannya.. Terasa damai dan tenang sekali.. Cukup indah. Seolah-olah semua masalah yang terbeban dalam benak fikiranku ini, hilang dengan serta merta! Oh indah sekali... InsyaAllah esok aku akan kembali semula ke Medan perjuanganku.. Ya! Tidak hampir seminggu lagi peperiksaan bakal mengejarku.. Ah! Cepat benar masa berlalu. Terasa diriku ini semakin TUA! :D Aku rindukan teman-teman yang berada di UKM! Wahai teman tunggu kepulanganku nanti ya!

Ahad, 23 Disember 2012

Sampan telah ketemui! KAPAL aku tolak ketepi!

Aku berlayar menaiki kapal. Aku terlihat akan PELANGI. Pelangi itu indah. Namun aku keliru memandang warna-warna yang tersembunyi di sebalik pelangi tersebut. Aku tersungkur di sebalik warna KUNING pelangi itu. Lalu aku bangkit meneruskan perjalanan di sebalik warna-warna PELANGI yang masih sudi menerimaku.. Namun, aku tetap kalah dengan si AWAN. Awan bukan sahaja dapat melihat PELANGI bahkan boleh menari di atas pelangi! Tapi AKU? Dan bila aku berlayar menaiki sampan. Aku lihat pelangi itu muncul kembali. Pelangi itu memberikan sinarnya. Tersenyum memandangku. Aneh aku rasakan! Aku mendekati pelangi itu.. Aku kian mengerti warna pelangi! Aku inginkan PELANGI itu!

Sabtu, 8 Disember 2012

Warna Ketiga: Hijau

Aku memetik kata-kata yang sangat tersentuh hatuku.. Yang mulanya aku langsung tidak mengerti.. Sedangkan aku sendiri terasa seakan-akan ianya menuju ke arahku. Namun pabila aku cuba meneliti, menghayati, menyusuri.... Kini aku mengerti.. Wahai insan, kata-katamu bukan seperti kata-kata biasa..
Awak. saya cuba berkongsi pendapat dengan awak. Tetapi awak mengiyakan setiap patah yang tercatat pada helaian kertas saya. Awak membenarkan sahaja saya hanyut dengan keyakinan untuk menyeberang sempadan. Saya menyeberang dengan penuh yakin, penuh kekuatan. Tetapi pada penghujungnya saya tewas dengan kata-kata awak. Awak membuatkan saya jatuh semasa menyeberang. Saya kecewa dengan awak, awak yang mengiyakan pelayaran saya, tanpa sedikit mengutarakan pendapat awak. Saya tersungkur sejenak dengan penilaian yang awak buat. Kenapa awak sanggup membiarkan pelayaran saya goyah, sedangkan awak sendiri mengerti yang saya sangat kuat untuk meneruskan pelayaran untuk menyeberang sempadan. Lorong takdir telah menjadi milik saya. Penyeberang sempadan telah buat lorong takdir terus wujud. Saya pula sudah melepaskan sisa menyeberang ketika awak mencacatkan lorong takdir saya. Saya akan terus menyeberang, walaupun saya tewas seketika dengan perjalanan penyeberang sempadan. Wahai insan! Kau buat aku sedar akan sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiranku..

Warna Kedua: Ungu

Pernahkah kita terfikir bagaimana agaknya sekeping hati yang tersimpan elok di dalam tubuh kita boleh tercedera sedangkan badan kita sihat sejahtera?? Seringkali kita mendengar keluhan seperti ini… “Aku sakit hatilah dengan dia tu!” “Aku menangis dalam hati, tak ada siapa yang tahu..” “Hati aku terseksa sebab rindukan dia.” Bagaimana hati boleh cedera? Bagaimana hati boleh sakit? Bagaimana hati boleh menangis? Apakah kita dapat mendengar tangisan hati kita sendiri? Benarkah hati kita terseksa? Bagaimana seksaannya itu? Apakah kita merasai sakitnya hati kita apabila ada orang menyakiti kita? Walaupun zahirnya, hati itu tersimpan rapi di dalam tubuh kita tanpa ada sebarang marabahaya yang boleh menyakiti dan melukainya,namun, secara batin, hati kita sebenarnya selalu cedera dan akan parah jika tidak segera diubati.

Jumaat, 7 Disember 2012

Daun Yang Jatuh Tidak Akan Membenci Angin..

“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya. KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU. PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.” Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa. Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya. Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya. Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa. Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya. Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya. Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya

Warna Pertama: Jingga

Terkenang waktu zaman persekolahan lalu.. Michel Jakson Kena Halau Balik India Utara.. Formula yang telah diberikan oleh guru Sainsku untuk mengingati warna-warna pelangi.. Ingin sekali aku berbicara tentang Jingga.. Menyusuri tatapan mata yang telah aku apungkan di rumahku ini, nah! Sungguh mendamaikan.... Dia... Walau luarannya dilihat agak kasar, malah lebih kasar dari aku mungkin.... Tapi, jangan disangka ya... Hatinya sangat lembut, sehinggakan aku sendiri terpesona dengan keistimewaannya.. Jarang sekali membuka mulut berbicara tentang gundah gelana yang dialaminya... Wahai insan! Tabahnya engkau! Sangat aku kagumi. Terkadang terlintas sejenak di benak fikiranku, layakkah aku untuk mendampingi kamu? Sedangkan aku seorang yang sentiasa tidak lepas dari bebanan masalah, sejuta keluhan dan limpahan air mata. KAU? Wahai insan! Masalah yang engkau hadapi seolah sebesar zarah yang tidak mampu dilihat dek pandangan kasar. Keluhan yang engkau lahirkan laksana kegembiraan yang kian engkau peroleh. Dan air matamu wahai insan, umpama emas dan permata! Jingga, lantas aku kaitkan dengan engkau wahai insan. Tenang, aman dan menyejukkan sinar mata yang memandang..

Bila Hati Mula Berkata-Kata...

Ilhamku telah datang! Sedang aku menanti si pembaiki motorsikal aku terfikir sejenak akan sesuatu... Pelangi.. Aku cuba sedaya upaya untuk mengaitkannya dengan tokoh pilihanku.. Tersentap hatiku mendengar pabila kalian yang lain telah siap melengkapkan tugasa yang diberi.. Nah! Inilah padahnya menangguh-nangguhkan kerja! Hai!Teringat kembali kenangan lama, sewaktu jari-jariku yang montok lagi comel ini mencoretkan beberapa baris kata... Nah!
Hilangnya Pelangi.. aku cuba mengejar pelangi itu.. semakin aku kejar semakin jauh.. dimana permulaan pelangi itu?? dimana pula penghujungnya?? kini.. pelangi itu telah hilang.. pelangi itu telah lenyap.. kemana harus kucari pelangi itu?? bagaimana harusku gapai pelangi itu.. kini pelangi hilang dari pandangan.. kelam..gelap kurasakan awan itu.. kini dia sendiri.. berlalu tanpa henti.. sampai suatu saat.. dia juga akan lenyap.. pelangi itu mengores seribu makna.. ibarat pensil.. walaupun telah dipadam.. tetapi.. masih berbekas.. pelangi itu ibarat siput.. perlahan-lahan ianya lenyap.. ia lenyap sehinggakan tidak terlihat lagi warnanya.. kini.. langi biru kian sepi.. awan juga begitu.. baagaikan tiada serinya lagi.. bagaikan tiada lagi kekuatannya.. bagaikan tiada lagi ketabahan dalam dirinya.. Hai lucu kan.. Terkadang tertawa aku sendirian memikirkannya.. Terkesan, tersentap itulah menjadi ayatku.. Kini.. Semuanya berubah.. Berbalik semula kepada perkara pokok yang aku utarakan, PELANGI.. Aku memilih LIMA WARNA PELANGI! Nah! Frasa inilah yang telah mencuit hatiku.. Ya Allah permudahkanlah coretan kalamku ini...

Rabu, 5 Disember 2012

Mata Itu...

Hai untunglah siapa yang memiliki mata yang berona coklat kan? Cantik mata memandangnya. Tujuan aku bukanlah untuk perdebatkan isu warna mata di sini. Cuma ingin sekali aku berkongsi satu rahsia.. Mata, bukan senang hendak menatap mata orang lain.. Tidak percaya? Cubalah! :) Aku sendiri gagal untuk menatap mata mereka yang aku sayangi... Namun aku terkesan akan sepasang mata ini... Aku akan sentiasa tewas dengan panahan matanya. Aku sendiri tidak tahu di mana kekuatan mata tersebut! Pelik kan? Hai mata, apa ubat yang kau guna ya? Satu pandangan yang pastinya akan membawa seribu satu pertanyaan yang tidak mampu dirungkai begitu sahaja! Duhai mata! Mengapa aku sering tertewas dengan kamu!

Apa Itu Lalat?

Apa rasionalnya aku meletakkan gambar lalat ini? Nah , orang kata lalat melambangkan kekotoran! Hujahnya kerna, lalat sering hinggap akan kekotoran? Bukankah begitu? TIDAK sama sekali bagi aku! Lalat membawa seribu satu makna bagi bagi. Selama hampir dua bulan aku meneliti. Barulah aku sedar akan kepentingan lalat ini.. Hai lalat! Terima kasih!

Tenangnya Kamu Wahai Insan!

Andai rasa sedih... pandanglah langit. Ingatlah Allah swt masih ada Andai rasa resah... renunglah dasar hati, yakinlah Allah yang menciptakan hati Andai rasa putus asa....lihatlah sungai yang tetap terus mengalir walaupun dihalang bebatu keras Andai rasa kecewa... lihatlah hakikat alam semesta, percayalah Allah Maha Berkuasa Andai rasa tersisih...lihatlah purnama di malam sepi, yakinlah Allah takkan biarkan kita sendiri.... Allah Maha Adil. Jiwa yang tenang itu diberikanNya kepada setiap insan. Tetapi kerana kealpaan kita menjaga dan menyuburkannya, kita membiarkannya tertanam di bawah, ditindih kuat oleh nafsu amarah. Iblis laknatullah itu zalim. Iblis tidak mahu manusia memilikkinya lalu membantu sang nafsu agar jiwa yang tenang tidak bisa keluar menguasai diri. Jiwa yang tenang perlu dibantu untuk bangkit kerana ia sedang menderita dihimpit nafsu perosak itu. Nafsu perosak perlu dibuang untuk memberi ruang kepada jiwa yang tenang berada di atas, di tempat yang selayaknya dia berada....dalam minda yang sihat yang sentiasa mencari ilmu penyuluh hidup. Ketenangan yang kau miliki membuatkan aku terpesona! Kau diam walaupun orang mempergunakan kau! Wahai hatiku, kenapa aku tidak setenang hatimu wahai insan?? Kenapa hatimu boleh tenang bagai air di lautan tika senja. Bagai awan yang bergerak tika mentari mula menghilang.. Kenapa wahai insan?

Sejenak Aku Memandang Kamu...

Aku kagum akan kebolehannya. Petah berbicara. Semangatnya yang yakin membuatkan aku terlalu kagum! Ya!Walaupun terkadang aku perasan sedikit kegusaran yang terselit di sebalik wajahnya. Namun aku percaya dia mampu untuk melakukannya. Kerana apa? Kerana dia mampu untuk melaksanakan! Manakan sagu boleh diperoleh jika kita sendiri tidak memecahkan ruyungnya bukan?