Aku memetik kata-kata yang sangat tersentuh hatuku.. Yang mulanya aku langsung tidak mengerti.. Sedangkan aku sendiri terasa seakan-akan ianya menuju ke arahku. Namun pabila aku cuba meneliti, menghayati, menyusuri.... Kini aku mengerti.. Wahai insan, kata-katamu bukan seperti kata-kata biasa..

Awak. saya cuba berkongsi pendapat dengan awak. Tetapi awak mengiyakan setiap patah yang tercatat pada helaian kertas saya. Awak membenarkan sahaja saya hanyut dengan keyakinan untuk menyeberang sempadan. Saya menyeberang dengan penuh yakin, penuh kekuatan. Tetapi pada penghujungnya saya tewas dengan kata-kata awak. Awak membuatkan saya jatuh semasa menyeberang. Saya kecewa dengan awak, awak yang mengiyakan pelayaran saya, tanpa sedikit mengutarakan pendapat awak. Saya tersungkur sejenak dengan penilaian yang awak buat. Kenapa awak sanggup membiarkan pelayaran saya goyah, sedangkan awak sendiri mengerti yang saya sangat kuat untuk meneruskan pelayaran untuk menyeberang sempadan. Lorong takdir telah menjadi milik saya. Penyeberang sempadan telah buat lorong takdir terus wujud. Saya pula sudah melepaskan sisa menyeberang ketika awak mencacatkan lorong takdir saya. Saya akan terus menyeberang, walaupun saya tewas seketika dengan perjalanan penyeberang sempadan.
Wahai insan! Kau buat aku sedar akan sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiranku..

Rai
BalasPadammengapa isi entri ini sama dengan entri 28 November 2012 di http://aishahzan.blogspot.com/2012/11/aku-rebah-tika-menyeberang.html#comment-form
Kerana, saya mengambil bait-bait ayat AIshah untuk saya apungkan ke dalam cerpen saya DR. Dan, warna hijau ini adalah lambang peribadi Aishah.
BalasPadam